Tun Mahathir solat 5 waktu / Tiap Jumaat Tun Mahathir solat di Masjid....Tun Mahathir terapkan nilai-nilai Islam dalam agenda pentadbiran negara....dalam tahun 1985 -Pemilihan pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah antara lain berasaskan tanggungjawab Kerajaan memastikan kelicinan jentera pentadbiran Kerajaan yang merupakan saluran terpenting dalam pelaksanaan sesuatu dasar. Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh Kerajaan sebahagian besarnya bergantung kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam. Penghayatan nilai-nilai Islam oleh mereka akan menjamin kelancaran dan kecekapan jentera Kerajaan yang besar dan menghindarkan perbuatan rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
Bagi menjayakan pentadbiran Kerajaan, nilai-nilai Islam yang diutamakan boleh diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yang boleh diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain.
Objektif
Objektif dasar ini adalah seperti berikut:
(i) Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti
kukuh dan disegani oleh masyarakat lain;
(ii) Menubuhkan sebuah 'negara bahagia';
(iii) Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan; dan
(iv) Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
Berdasarkan kepada objektif-objektif ini adalah jelas bahawa dasar ini bukannya bertujuan mengislamisasikan rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, tetapi sebenarnya memupuk amalan nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh semua pihak dan golongan kerana agama-agama lain juga menitikberatkan amalan nilai-nilai seperti ini.
Nilai-nilai Islam
Hanya sebelas daripada nilai-nilai Islam yang banyak telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Nilai-nilai tersebut ialah:
Amanah;
Tanggungjawab;
Ikhlas;
Dedikasi;
Sederhana;
Tekun;
Bersih;
Berdisiplin;
Bekerjasama;
Berbudi Mulia; dan
Bersyukur.
Sebelas nilai ini dipilih kerana ia merupakan unsur-unsur yang boleh diterima sebagai kunci kepada kejayaan dalam menjalankan urusan-urusan kehidupan terutamanya dalam pentadbiran sesebuah negara.
Bagaimanakah nilai-nilai Islam ini boleh dihayati? Berikut ialah takrif/pandangan mengenai sikap dan budaya kerja berdasarkan nilai-nilai Islam yang ingin diterapkan ke dalam pentadbiran awam.
Amanah
(i) Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya;
(ii) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan;
(iii) Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi
kepentingan tugas;
(iv) Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi
masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja; dan
(v) Mengutamakan kepentingan awam sebagai teras perkhidmatan.
Tanggungjawab
(i) Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di
samping pekerjaan dan majikan;
(ii) Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan
buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur;
(iii) Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja
diperlukan;
(iv) Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi/
instutusi/awam dalam menjalankan tugas; dan
(v) Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
Ikhlas
(i) Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan
balasan dari manusia;
(ii) Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang
halal serta mencari keredhaannya; dan
(iii) Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan
tugas sebagai asas pengisian amanah.
Dedikasi
(i) Kesetiaan yang tinggi kepada tujuan organisasi di bawah
peraturan-peraturan yang ada;
(ii) Komited kepada sebarang perubahan yang positif dan kepada
kebaikan;
(iii) Sedia mengubah sikap demi kebaikan bersama dan tugas;
(iv) Sedia memulakan pembaikan; dan
(v) Berinisiatif dan proaktif dalam melaksanakan tugas harian.
Sederhana
(i) Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugas;
(ii) Keseimbangan dalam membuat keputusan dengan mengambil kira fakta
fakta yang terdapat dalam alam sekitar;
(iii) Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk
membaiki cara bekerja;
(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-
pihak yang berharap kepadanya; dan
(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai
tahap cemerlang.
Tekun
(i) Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam
tugas dan kehidupan;
(ii) Berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi;
(iii) Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk
membaiki cara bekerja;
(iv) Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan pihak-
pihak yang berharap kepadanya; dan
(v) Berusaha gigih bagi memperbaiki hasil kerja sehingga mencapai
tahap cemerlang.
Bersih
(i) Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian;
(ii) Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar
sebagai satu cara hidup;
(iii) Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas;
(iv) Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat
keputusan;
(v) Berkhidmat demi kebajikan semata-mata; dan
(vi) Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan
pemikiran dalam membuat keputusan.
Berdisiplin
(i) Mengetahui priority dan mengutamakan yang lebih utama;
(ii) Menilai tinggi masa dan janji;
(iii) Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang; dan
(iv) Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.
Bekerjasama
(i) Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja;
(ii) Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi
sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama;
(iii) Mengutamakan kepentingan organisasi dan pasukan di tempat kerja
daripada kepentingan peribadi;
(iv) Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan
bersama; dan
(v) Mengelakkan konflik kepentingan berdasarkan peribadi:
Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.
Berbudi Mulia
(i) Bermanis muka sepanjang masa;
(ii) Bertimbang rasa dan bertolak-ansur;
(iii) Menghormati rakan sejawat dan pelanggan/pelawat; dan
(iv) Sentiasa memulakan 'pertanyaan' dengan tujuan untuk menolong
pelanggan/pelawat.
Bersyukur
(i) Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin
kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat;
(ii) Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga
menggerakkan untuk lebih berusaha gigih;
(iii) Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan
dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian);
(iv) Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;
(v) Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia;
(vi) Berkhidmat sebagai ibadah; dan
(vii) Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang
banyak kepada masyarkat, negara dan agama.
Penghayatan terhadap nilai-nilai akhlak yang murni dan membina itu akan memudahkan usaha-usaha untuk memajukan berbagai-bagai bidang yang diperlukan oleh sesebuah negara seperti kesihatan, pendidikan, ekonomi, pembangunan, undang-undang.
Kebakaran di Kampung Hilir & Kg Datu Sibu Sarawak
22 minutes ago

No comments:
Post a Comment